Khamis, 20 September 2012

Bahan Sumber Pembelajaran Bahasa Melayu

Keindahan Terangganu

Negeri Cantik, Budaya Menarik

Pulau Redang adalah di antara 10 pulau yang terindah di dunia.Terletak kira-kira 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Untuk sampai ke Pulau Redang, pengunjung perlu menaiki bot dari jeti Merang atau jeti Kuala Terengganu. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam dari jeti Kuala Terengganu dan 50 minit dari jeti Merang.Pulau Redang memang terkenal dengan kecantikan batu karangnya.Bila matahari bersinar memancarkan cahaya menembusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis dan ikan -ikan yang berwarna-warni. Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam atau skuba, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mempraktikkannya.Antara aktiviti lain yang di tawarkan di sini ialah berenang, menyelam, snokel, menaiki keno dan menaiki bot. Oelh kerana Pulau Redang telah di wartakan sebagai taman laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan di sini sejauh 3.2km.




BAHASA MELAYU (PENULISAN)

LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMALAYSIA

Keunikan Batu Gajah Perak




Muzium Pelancongan Bijih Timah (Kapal Korek)

Kapal Korek Bijih Timah

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.


Kellie’s Castle
Sejarah Kellie’s Castle


Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.


William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.


Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.


Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.


Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini. Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila hubungi:


No. Tel. : 05-366 8198
No. Faks : 05-366 8199


Bayaran masuk :
** Dewasa - RM 3.00
** Kanak-kanak (Atas 12 tahun) - RM 2.00
** Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM 1.00
** Pelajar - RM 2.00 (Pada hari biasa sahaja)


Galeri Mahkamah (Muzium Batu Gajah)


Galeri ini terletak bersebelahan Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Ia telah dibaikpulih dan dikekalkan sebagai Galeri Mahkamah ataupun Muzium. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1892.

Istana Raja Bilah

Istana ini terletak di kawasan Papan.

Taman Herba Papan


Kawasan Perkelahan Papan


Kawasan perkelahan ini terletak di Papan iaitu jalan untuk menuju ke Taman Herba Papan. Suasananya yang nyaman dan menyejukkan amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan. Perjalanan yang selesa ke kawasan tersebut memudahkan pengunjung untuk datang ke situ.

Taman Alam Kinta (Taman Burung)

Taman ini terletak di Kampung Pisang, Batu Gajah

Jumaat, 31 Ogos 2012

REFLEKSI



REFLEKSI TUGASAN

BMM 3105 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
                       KOMPUTER

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek BMM 3105 secara individu yang

bertajuk .Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu  berbantukan komputer.

Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar

untuk difahami. Pada pandangan saya untuk menjadi seorang blogger 

memerlukan kepakaran yang tinggi dalam menguasai ilmu IT. Sebelum ini saya 

memang sifar pengetahuan untuk membina blog sendiri, namun, selepas

saya menerima tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing saya mula menguasai

kemahiran secara berperingkat untuk membina blog.


Saya mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini bermula pada taklimat

tugasan yang diberikan oleh En. Bukahri bin Shafie. Saya telah merangka langkah

kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan

rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut

saya telah mengunjungi Perpustakaan Desa dan saya juga berjaya mendapatkan

beberapa buah buku rujukan berkenaan Teknologi Maklumat.. Namun, setelah 

sayaselesai membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang saya

lakukan hanyalah sia-sia sahaja kerana saya tidak merujuk sepenuhnya nota

dan bahan rujukan yang diberi oleh pensyarah pembimbing melalui emel 

secara berkala.


Namun, saya dan rakan-rakan yang lain  tidak pernah berputus asa walaupun

telah bersusah payah  selama beberapa hari. Sekali lagi saya merujuk kepada

panduan yang diberikan penyarah pembimbing melalui tutorial yang keduadan

ketiga untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai tugasan ini. Kali

ini saya melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya 

tidak banyak kesilapan yang saya lakukan..


Saya juga mengalami kesukaran untuk memahami rekabentuk dan susun atur

bahan-bahan didalam blog. Setakat ini saya masih belum mampu untuk membuat

rekabentuk blog yang menarik seperti blogger yang lain. Saya membuat beberapa

rujukan melalui tutorial didalam youtube bagaimana membina blog. Tidak banyak

yang saya fahami namun itu sudah cukup membantu saya bagaimana membuat

penambahbaikkan dan bagaimana membina blog sendiri. Rakan-rakan guru 

disekolah juga turut membantu untuk menyiapkan tugasan membina blog ini.


Saya juga mengalami masalah untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang

bersesuaian untuk dimuatkan didalam blog ini. Saya cuba mencari dan 

meninjau contoh-contoh yang bersesuaian dari blogger lain dan mula memahami

sedikit demi sedikit bahan-bahan yang berkaitan yang perlu dimasukkan kedalam 

blog saya.


Saya masih belum menyiapkan sepenuhnya tugasan yang diberikan, namun saya

berharap agar tugasan ini dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah

ditetapkan. Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih 

kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakan sekuliah, serta rakan-rakan guru 

disekolah yang turut serta bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan.


Setelah  melalui berbagai kesukaran untuk membina bolg ini, saya dapat juga menyiapkannya 

walau masih banyak catatan yang saya perlu beri perhatian terutamanya dari segi rekabentuk,

dan susun atur. Saya juga berharap agar kemahiran kecil  yang telah saya kuasai ini akan 

dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.



 Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pensyarah 

pembimbing, rakan-rakan sekuliah, serta rakan-rakan guru  disekolah yang turut serta bagi 

menjayakan tugasan yang telah diberikan.

Khamis, 30 Ogos 2012












Terbang tinggi si burung helang
Hinggap diatas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang
Bila digesel berapi-api

Jawapan:  Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki,
Sangat berguna waktu hujan
Apak dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal,
Masak sebiji ditepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai.

Jawapan: Buah hati

Budak-budak ramai dipekan,
Hari raya membakar petas,
Kalau adik pandai kiasan,
Apakah buah gugur keatas.

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk diatas sekali,
Bukan bulan, bukan matahari,
Bila malam is berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang















Selasa, 28 Ogos 2012



P&P Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Permainan Tradisional









Pengenalan

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.



Jumaat, 10 Ogos 2012


Cara guna enjin carian




APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

 Heri, Alor Setar
Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsiAutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. FungsiAutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading.Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.
Cara Penggunaan